comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Kereta api bertembung di India: Jumlah korban meningkat lebih 280 orang

NEW DELHI: Angka korban dalam nahas kereta api di Wilayah Odisha, India semalam terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 280 orang, manakala lebih 900 lagi cedera.

Sekaligus menjadi kemalangan kereta api maut paling dahsyat di India dalam tempoh lebih dua dekad.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha berkata  ratusan anggota bomba, pasukan  tindak balas bencana kebangsaan masih bertungkus lumus melakukan usaha menyelamat dengan bantuan anjing pengesan,

Tambahnya, kebanyakan mangsa  dijumpai dalam keadaan kritikal dan angka kematian juga dikhuatiri meningkat

Katanya,  jumlah kematian setakat ini mencecah 288 orang.

Lebih 200 ambulans dikerah ke tempat kejadian di daerah Balasore, kata Ketua Setiausaha Odisha, Pradeep Jena.

Tragedi berlaku apabila sebuah kereta api penumpang bertembung koc kereta api lain yang tergelincir di timur India, Xinhua memetik laporan media tempatan.

Presiden India Draupadi Murmu melahirkan rasa dukacita dan berkongsi kesedihan atas apa yang berlaku.

“Semoga mangsa yang cedera segera pulih,” menurut ciapan Perdana Menteri Narendra Modi.

Beliau memberi jaminan  “semua bantuan yang sewajarnya” akan diberi kepada mereka yang terjejas. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini