comscore
Tumpuan :
Dunia

Kereta api terbakar, 4 penumpang maut

Foto: Reuters

BANGLADESH: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan sejumlah penumpang lagi cedera dalam kebakaran sebuah kereta api penumnpang di Dhaka.

Insiden berlaku ketika negara itu bakal berdepan plihan raya umum esok.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam membabitkan tren Benapole Express.

Ketika kejadian kereta api terbabit baharu sahaja tiba dari bandar Jessore.

Menurut jurucakap polis, apa marak dengan cepat dan ia dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat

Orang ramai yang berada berhampiran lokasi bergegas membantu penumpang untuk menyelamatkan diri

Polis kini dalam usaha memberu suspek.

Loading...
Terkini