comscore
Tumpuan :
Dunia

Kereta api terbakar, empat maut menjelang pilihan raya esok

Foto: Reuters

BANGLADESH: Sekurang-kurangnya empat dilaporkan terbunuh dalam kebakaran kereta api menjelang pilihan raya umum Bangladesh.

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang berlaku di Dhaka itu sebelum mayat mangsa berjaya dikeluarkan.

Menurut akhbar tempatan Dhaka Tribune, kesemua yang maut menaiki kereta api antara bandar.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Bangladesh bakal mengadakan pilihan raya awam esok dengan menyaksikan perdana menteri Sheikh Hasina dijangka memenangi penggal keempat berturut-turut, biarpun ekonomi negara itu merudum.

Loading...
Terkini