comscore
Tumpuan :
Dunia

Kes jangkitan COVID-19 global melonjak 52 peratus dalam tempoh 28 hari – WHO

Foto: Reuters

MOSCOW: Bilangan kes COVID-19 di seluruh dunia telah meningkat 52 peratus dalam tempoh 28 hari berbanding tempoh sama sebelumnya, Sputnik memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Secara global, bilangan kes baharu meningkat sebanyak 52 peratus dalam tempoh 28 hari iaitu dari 20 Nov hingga 17 Dis 2023 dengan lebih 850,000 kes baharu dilaporkan,” menurut WHO dalam laporan mingguannya pada Jumaat.

Lebih 3,000 orang maut akibat jangkitan COVID-19 dengan angka kematian sekitar lapan peratus lebih rendah bagi tempoh 28 hari sebelumnya.

Sehingga 17 Dis, lebih 772 juta kes COVID-19 direkodkan dan lebih tujuh juta kematian telah dilaporkan kepada WHO di seluruh dunia. – BERNAMA-SPUTNIK

Loading...
Terkini