Tumpuan :
Dunia

Keterbukaan China cetus peluang luas buat dunia

BEIJING: Usaha China memacu pembangunan berkualiti melalui keterbukaan bertaraf tinggi membuka peluang yang lebih luas untuk pemodenan negara lain, kata Menteri Luar Wang Yi pada Selasa.

Wang semasa berucap pada simposium mengenai situasi antarabangsa dan hubungan luar China 2024 di sini berkata China terus memperluas keterbukaan secara keinstitusian, mengurangkan senarai negatif akses pelaburan asing dan melonggarkan akses industri pembuatan secara menyeluruh.

Selain menganjurkan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) selama tujuh tahun berturut-turut, China memberi layanan tarif sifar kepada semua negara kurang maju (LDC) yang menjalin hubungan diplomatik dengan China.

Kini, China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak kepada 38 negara serta kemudahan transit tanpa visa kepada 54 negara sehingga mencetuskan fenomena ‘China Travel’ yang menggamit kedatangan pengembara asing.

Menurut Wang, China giat menyelaraskan diri dengan peraturan perdagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi, memajukan agenda Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) dan menggalakkan liberalisasi dan pemudahan perdagangan serta pelaburan sekali gus menyuntik penggerak baharu kepada pertumbuhan ekonomi global.

Wang menambah China berjaya merintis laluan pemodenan yang sesuai dengan keadaan sendiri dan sedia bersinergi dengan masyarakat antarabangsa ke arah mewujudkan modenisasi semua negara yang bercirikan pembangunan damai, kerjasama saling untung dan kemakmuran bersama.

— BERNAMA-CMG

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini