comscore
Tumpuan :
Dunia

Ketua parti gabungan pemerintah Jepun, Natsuo Yamaguchi umum tidak bertanding

FOTO: Reuters

TOKYO: Natsuo Yamaguchi, ketua parti gabungan pemerintah Jepun, Komeito, pada Selasa mengumumkan bahawa beliau akan berundur dan tidak bertanding dalam pemilihan kepimpinan parti yang akan datang, lapor Xinhua.

Yamaguchi membuat pengumuman itu dalam satu sidang media, menandakan perubahan kepimpinan pertama bagi Komeito dalam tempoh 15 tahun.

Ahli politik berusia 72 tahun itu akan berundur selepas tamat penggal kelapannya pada 28 Sept susulan keputusannya untuk tidak bertanding dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 18 Sept.

Yamaguchi, yang mengetuai Komeito sejak 2009, memainkan peranan penting dalam kerajaan gabungan dengan Parti Demokratik Liberal (LDP), terutama menyumbang kepada kejayaan parti dalam pilihan raya kebangsaan.

Dengan pengunduran Yamaguchi, Setiausaha Agung Keiichi Ishii, 66, dijangka menang tanpa bertanding dan kemungkinan dilantik sebagai ketua baharu pada konvensyen parti pada 28 Sept. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini