comscore
Tumpuan :
Dunia

Ketua pembangkang cedera ditikam di leher

FOTO: Reuters

KOREA SELATAN: Ketua parti pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung dikejarkan ke hospital selepas dia cedera ditikam di leher dalam lawatan rasminya di Busan.

Lee yang merupakan ketua Parti Demokrat ditikam di bahagian kiri lehernya sewaktu sesi soal jawab bersama wartawan pagi tadi.

Menurut saksi, suspek bertindak menghampiri Lee dengan alasan mahukan autograf selain turut menyamar sebagai penyokongnya.

Lee Jae-myung ketika sedang dalam lawatan ke Busan apabila dia diserang. – FOTO: Reuters

Suspek kemudian bertindak menyerangnya dengan pisau dianggarkan panjang antara 20 ke 30 sentimeter.

Lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu sudah diberkas dan kini sedang disiasat.

Sejurus ditikam, Lee serta-merta terbaring di atas lantai sambil menahan kesakitan dengan pegawai menekap kain di lehernya.

Meskipun mengalami pendarahan, Lee dilaporkan masih sedar.

Loading...
Terkini