Tumpuan :
Dunia

Ketua tentera Israel letak jawatan

TEL AVIV: Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi meletak jawatan semalam, bertanggungjawab atas kegagalannya untuk mencegah serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, beberapa hari selepas gencatan senjata Israel-Hamas berkuat kuasa sejak Ahad lalu.

Dalam surat peletakan jawatannya, Halevi mengakui kegagalan tentera, namun menegaskan kejayaan ketara telah dicapai di medan perang.

Halevi menyatakan matlamat perang Gaza belum tercapai dan berharap tentera terus berjuang untuk memusnahkan Hamas.

Tidak lama selepas pengumumannya, Mejar Jeneral Yaron Finkelman, yang mengetuai tentera di selatan Israel dan bertanggungjawab ke atas Gaza, turut meletakkan jawatan.

Ketua pembangkang Israel, Yair Lapid, menyeru Perdana Menteri Netanyahu untuk mengikuti contoh Halevi dan meletak jawatan.

“Kini, sudah tiba masanya untuk mereka bertanggungjawab dan meletakkan jawatan, perdana menteri dan seluruh kerajaannya atas bencana yang mereka sebabkan”, ujar Lapid.

Loading...
Terkini