comscore
Tumpuan :
Dunia

Kilang dadah mega tumpas

Foto: Reuters

MEXICO: Tentera Mexico berjaya menumpaskan sindiket dadah antarabangsa apabila menyerbu sebuah kilang dadah mega memproses dadah jenis syabu yang terletak di Sonora.

Serbuan berkenaan berjaya menemui 4.14 metrik tan metamphetamine dan 1.2 tan bahan kimia bagi memproses dadah sintetik itu.

Penemuan di lokasi terbabit turut menjumpai 72 reaktor makmal, lima kali ganda dari jumlah yang ditemui dalam serbuan sebelum ini.

Amerika Syarikat mendesak Mexico untuk membanteras pengedaran dadah khususnya jenis fentanyl, meskipun ada dokumen bocor mendedahkan tentera Mexico menyemak semula serbuan makmal yang dilakukan.

Serbuan sebelum ini dijalankan di bawah pentadbiran Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, yang kini berada pada tahun akhir pentadbirannya.

Mexico pada masa sama telah mendesak Amerika Syarikat untuk mengambil pendirian yang lebih tegas mengenai penyeludupan haram senjata api dari Amerika kepada kartel dadah yang merentasi sempadan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini