comscore
Tumpuan :
Dunia

Kilang pengeluaran iPhone terbesar dunia ditutup

FOTO : Reuters

CHINA : Kilang pengeluaran iPhone terbesar dunia ditutup.

Penutupan tujuh hari di kawasan sekitar kilang utama kumpulan teknologi Foxconn di Zhengzhou itu diarahkan kerajaan China.

Ia dalam usaha negara itu menangani penularan Covid-19, yang juga dalam misinya membasmi wabak berkenaan.

Sekatan dibuat sehingga 9 November itu susulan kes Covid-19 di Zhengzhou melonjak kepada 359 semalam, meningkat berbanding 95 kes pada hari sebelumnya.

Foxconn memaksa sebahagian daripada 200,000 kakitangannya dikuarantin dan mendorong yang lain meninggalkan kemudahan itu.

Kerajaan menegaskan tiada kenderaan dibenarkan beroperasi kecuali membawa keperluan, manakala seluruh rakyatnya dilarang meninggalkan kediaman kecuali untuk melakukan saringan, sukarelawan pencegahan Covid-19 dan pekerja sektor penting.

Penutupan itu juga mencetus kegusaran merencatkan pengeluaran dan operasi utama Foxconn.

Loading...
Terkini