comscore
Tumpuan :
Dunia

Kilang produk makanan di Taiwan terbakar, ragut 7 nyawa

FOTO: Pihak berkuasa Taiwan

TAIPEI: Kebakaran yang berlaku pada Selasa di sebuah kilang pemproses makanan utama di Taiwan, Lian Hwa Foods Corp, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala tiga lagi kritikal.

Kebakaran berlaku kira-kira 6 pagi, menyebabkan 22 pekerja terperangkap sebelum pasukan Bomba Daerah Changhua tiba di lokasi kejadian.

Ketua Biro Bomba Daerah Shih Shun-jen berkata 22 pekerja terperangkap berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 10.10 pagi.

Kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 9.12 pagi dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Lian-Hwa Foods berkata pihaknya mengesyaki kebakaran bermula apabila satu atau lebih mesinnya terbakar. – BERNAMA-CNA

Loading...
Terkini