comscore
Tumpuan :
Dunia

Kim Jong Un periksa unit kereta kebal pernah serang Seoul

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memeriksa unit kereta kebal yang pernah digunakan ketika menyerang Seoul ketika Perang Korea.

Media KCNA melaporkan, tentera negara itu diarah membuat lebih banyak ‘persiapan untuk pertempuran’.

Hubungan Korea Utara-Korea Selatan kian buruk untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dengan Pyongyang baru-baru ini meningkatkan beberapa ujian senjatanya.

Antaranya termasuk pelancaran peluru berpandu balistik dan ujian darat bagi pemacu peluru berpandu hipersonik jenis baharu.

Jong Un melawat bahagian kereta kebal ke-105, ‘Seoul ryu kyong su guards’

Menurut KCNA, unit kereta kebal itu mencatat pencapaian cemerlang ketika perang pembebasan Pyongyang, yang merujuk kepada Perang Korea yang berakhir dengan gencatan senjata.

Sebelum ini, Korea Utara memberi amaran – Seoul dan Washington akan menerima akibat ekoran latihan ketenteraan bersama mereka baru-baru ini.

Malah, Jong Un mendakwa ketenteraannya mampu melancarkan serangan ke pelbagai sasaran di Korea Selatan mahupun Amerika Syarikat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini