comscore
Tumpuan :
Dunia

King Charles III hidap kanser

King Charles III meninggalkan Klinik London selepas menerima rawatan penyakit prostat di London pada 29 Januari 2024. – Foto REUTERS

LONDON: Istana Buckingham semalam mengesahkan King Charles III menghidap kanser, seminggu selepas baginda keluar dari hospital susulan pembedahan prostat.

Istana dalam kenyataan berkata, ‘kebimbangan lain dikenal pasti’ ketika prosedur prostat benign dijalankan di hospital, baru-baru ini, selain memaklumkan baginda sudah memulakan rawatan, namun tidak memperincikan jenis kanser dan tahap kritikalnya.

Menurut kenyataan itu baginda kekal positif dan mahu kembali menjalankan tanggungjawabnya secepat mungkin, selain akan terus melaksanakan urusan rasmi seperti biasa, walaupun dinasihatkan doktor supaya menangguhkan hasratnya itu.

Selain itu, katanya, baginda memilih untuk berkongsi diagnosis kansernya ‘bagi mengelak spekulasi, selain berharap ia dapat membantu pemahaman umum berhubung penyakit itu’.

“Diagnos lanjutan mendapati ia adalah kanser,” katanya. Pengumuman berkenaan meraih pelbagai sokongan, selain Putera Harry memaklumkan sudah berbincang mengenai diagnosis dan akan melawat bapanya.

Harry  dijangka menziarahi bapanya di United Kingdom, beberapa hari lagi.

Tahap kesihatan Charles yang ditabalkan sebagai raja selepas kemangkatan ibunya, Ratu Elizabeth II, 96, pada 8 September 2022, secara umumnya adalah baik, tetapi mengalami kecederaan akibat sukan polo dan ski.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini