comscore
Tumpuan :
Dunia

Kira-kira 80,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah berikutan serangan Israel

Foto: Reuters

KUALA LUMPUR: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang telah melarikan diri dari Rafah sejak operasi ketenteraan yang dipertingkatkan 6 Mei.

Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter pada Khamis, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.

“Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat.

Penderitaan dialami keluarga-keluarga ini tidak tertanggung. Tiada tempat yang selamat. Kita perlukan gencatan senjata,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini