comscore
Tumpuan :
Dunia

Korban banjir buruk Afghanistan cecah 400 orang

GHOR: Angka korban banjir buruk di Afghanitan meningkat kepada 400 orang.

Wilayah Ghor mencatatkan sekurang-kurangnya 50 kematian.

18 korban baharu pula dicatatkan di wilayah Faryab bersempadanan dengan Turkmenistan.

Jurucakap Kerajaan Tempatan memaklumkan, lebih 2,000 hektar tanah pertanian terjejas dan ratusan binatang ternakan mati.

Penduduk juga terpaksa menanggung kerugian selepas 2,000 kediaman musnah manakala 4,000 lagi mengalami kerosakan.

Minggu lalu banjir buruk di utara negara terutamanya Baghlan, Badakhshan dan Takhar mengakibatkan kerugian besar.

Ia turut mengakibatkan lebih 1,600 penduduk cedera. – TRT / REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini