Tumpuan :
Dunia

Korban banjir dikhuatiri meningkat, Sepanyol tambah penyelamat termasuk tentera

Foto: Reuters

VALENCIA: Angka kematian akibat banjir yang disifatkan terburuk di Sepanyol meningkat kepada 205 orang.

Selain petugas bencana, lebih ramai anggota tentera dikerahkan bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Banjir menghanyutkan kenderaan, meruntuhkan jambatan dan menenggelamkan bandar dengan lumpur sejak Selasa lalu, adalah bencana terburuk melanda negara Eropah itu bagi tempoh beberapa dekad.

Organisasi menyelaraskan perkhidmatan kecemasan di wilayah Valencia yang paling teruk terjejas mengesahkan 202 orang meninggal dunia.

Pegawai wilayah Castilla-la Mancha dan Andalusia di selatan pula mengumumkan tiga kematian di kawasan mereka.

Pasukan penyelamat dilengkapi dron dan anjing pengesan meredah arus banjir dan menggeledah runtuhan bagi mencari puluhan mangsa yang masih hilang.

Terbaharu, kerajaan mengerah 500 lagi anggota tentera ke kawasan terjejas bagi menyokong 1,200 anggota sedia ada di lokasi sementara 500 lagi diletakkan siap siaga.

Dalam pada itu, beberapa kawasan yang terputus hubungan kekurangan bekalan air, makanan, elektrik dan telekomunikasi sejak tiga hari lalu selain beberapa laluan kereta api masih tidak dapat diakses.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini