comscore
Tumpuan :
Dunia

Korban gempa bumi Jepun kini 110 orang

Foto: Reuters

ANAMIZU: Angka korban gempa bumi kuat yang melanda Jepun 1 Januari lalu meningkat kepada 110 orang dengan 211 lagi masih hilang.

Menurut laman web Kajian Geologi Amerika Syarikat USGS, empat gempa dikesan setakat 24 jam lalu dengan yang tertinggi berukuran 5.2 magnitud pada kedalaman 10 kilometer.

Jabatan Meteorologi Tempatan meramalkan lebih banyak taburan hujan hari ini, sekali gus mungkin membantut usaha menyelamat.

Selain cuaca buruk, laluan yang terputus hubungan juga menyukarkan operasi pasukan penyelamat.

Malah bantuan kemanusiaan juga masih tidak dapat disalurkan ke sebahagian lokasi teruk terjejas. – REUTERS

Loading...
Terkini