TALHADAS: Angka korban akibat kebakaran hutan di Portugal meningkat kepada tujuh orang dengan tiga lagi kematian baharu dicatatkan.
Lapor media tempatan, jumlah kecederaan kini 40 orang sementara usaha pemindahkan penduduk sedang giat dijalankan.
Operasi bomba disertai kira-kira 5,000 anggota bagi usaha pemadaman 48 lokasi kebakaran yang masih aktif.
Antara terjejas, daerah Aveiro yang menyaksikan lebih 10,000 hektar tanah musnah dalam tempoh dua lalu.
Jurucakap Pasukan Kecemasan berkata, kebakaran di kawasan ini dikhuatiri mampu memusnahkan lebih 20,000 hektar tanah lagi.
Sebagai langkah keselamatan, beberapa lebuh raya termasuk laluan menghubungkan Lisbon dan Porto ditutup kepada lalu lintas.
Turut ditutup dua laluan kereta api di utara negara. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.