TABAS: Angka korban letupan lombong arang batu di selatan Iran meningkat kepada lebih 50 orang dengan 20 lagi cedera.
Letupan dilaporkan berlaku jam 9 malam waktu tempatan di dua bahagian blok lombong yang terletak di Tabas kira-kira 540 kilometer di tenggara Tehran.
Tragedi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas metana.
Menurut pakar keselamatan, peralatan usang dan peranti untuk mengukur gas bahaya tidak berfungsi menyebabkan kejadian itu gagal dikesan lebih awal. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.