Tumpuan :
Dunia

Korban serangan Israel di Lubnan kini 3,544

FOTO: Reuters

LUBNAN: Pejuang Hizbullah dilaporkan bertempur dengan pengganas Israel di bandar Al Bayyadah.

Pertempuran sengit turut berlaku di wilayah Nabatieh ketika cubaan pengganas Israel mara ke daerah Kfar Shouba.

Tiga lagi korban membabitkan tentera Lubnan dicatatkan dalam serangan udara di Sarafand menjadikan jumlah korban anggota tentera kini 41 orang.

Serangan sama turut mengakibatkan 17 orang awam cedera.

Israel turut membedil sebuah rumah di daerah Maarakeh, selatan Lubnan dan meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.

Pejuang Hizbullah dalam pada itu melancarkan tiga serangan dron ke barat Galilee.

Turut dilancarkan bedilan roket ke al-Marj di utara Israel.

Jumlah korban di Lubnan kini meningkat kepada 3,544 orang dengan lebih 15,000 lagi cedera. – Al Jazeera

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini