MOSCOW: Taufan Helene meragut sekurang-kurangnya 93 nyawa di tenggara Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik, memetik CNN pada Isnin.
Pada pagi Ahad, jumlah kematian 65 orang.
Kematian direkodkan di Carolina Selatan, Georgia, Florida, Carolina Utara, Virginia dan Tennessee. Sehingga petang Ahad, hampir 2.1 juta pelanggan masih mengalami gangguan bekalan elektrik di negeri berkenaan, menurut laman web PowerOutage.us.
Beratus-ratus orang masih hilang atau tidak ditemukan kerana masalah rangkaian komunikasi, tambah penyiar itu.
Taufan itu tiba di Amerika Syarikat lewat Khamis dan menjadi ribut tropika pada Jumaat.
Lewat Sabtu, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan AS berkata ia mengerahkan lebih 3,200 pekerja untuk menyertai operasi menyelamat dan mengurangkan kesan bencana.
— BERNAMA-XINHUA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa