VIETNAM: Angka korban Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 14 orang dengan 176 lagi cedera.
Menurut kenyataan dikeluarkan pihak kerajaan, tiga kematian dicatatkan di Hanoi bandar dengan kira-kira 8.5 juta populasi penduduk.
Usaha membersihkan bandar Hanoi giat dijalankan pasukan polis dan tentera.
Empat lagi mangsa dicatatkan dalam insiden tanah runtuh di wilayah Hoa Binh yang terletak kira-kira 100 kiloemter dari selatan Hanoi.
Yagi yang melanda Vietnam Sabtu lalu turut mengakibatkan lebih tiga juta penduduk terputus bekalan elektrik.
Angin kencang dan hujan lebat turut mengakibatkan 116,000 hektar tanah ladang rosak – REUTERS / PBS NEWS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.