Tumpuan :
Dunia

Korea Selatan akan rangka ‘strategi eksport kecemasan’

Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok. FOTO: Reuters

KOREA SELATAN: Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok, berkata kerajaan akan merangka “strategi eksport kecemasan” bersama agensi berkaitan bagi bertindak balas terhadap keputusan kerajaan AS mengenakan tarif tinggi ke atas rakan dagang utamanya.

Choi berkata Korea Selatan akan berusaha secara menyeluruh untuk memastikan ekonomi keempat terbesar di Asia itu dapat menghadapi ancaman perang perdagangan, tanpa memberikan butiran lanjut, menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan selepas Choi bertemu dengan pengeksport Korea Selatan.

Beliau berkata eksport Korea Selatan dijangka meningkat pada bulan Februari berbanding tahun sebelumnya, selepas penghantaran Januari mencatatkan penurunan buat kali pertama dalam tempoh 16 bulan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini