Tumpuan :
Dunia

Korea Selatan lapor kes tambahan selesema burung di ladang wilayah

Foto: Reuters

SEOUL: Korea Selatan pada Jumaat mengesahkan kes kelapan selesema burung berpatogen tinggi untuk musim ini di sebuah ladang wilayah, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa kes terbaru dikesan di sebuah ladang itik di Gimje, 310 kilometer ke selatan Seoul, yang menempatkan 18,000 ekor itik.

Pegawai kini mengawal akses ke ladang itu untuk menjalankan siasatan sambil melaksanakan proses pemusnahan itik yang terjejas.

Kerajaan juga akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas 41 ladang di kawasan itu, tambah mereka.

— BERNAMA-YONHAP

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini