comscore
Tumpuan :
Dunia

Korea Utara lancar lagi peluru berpandu balistik

Foto: AP

KOREA UTARA: Republik Korea Utara melancarkan lagi ujian peluru berpandu balistik dari pantai timurnya.

Hal itu disahkan tentera Korea Selatan hari ini.

Ia adalah siri ujian kedua senjata terbaharu itu dalam tempoh tiga hari sejak Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan ketenteraan terbesar dalam tempoh lima tahun.

Butiran lain, termasuk jarak penerbangan peluru berpandu berkenaan masih belum diperoleh.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai peluru berpandu itu dan tidak mengesahkan sebarang kerosakan di dalam negara yang berkaitan dengan pelancaran terbabit.

Loading...
Terkini