comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Krisis Ukraine: Kanak-kanak antara 17 maut dalam serangan roket di sebuah pasar

 

UKRAINE: Kanak-kanak antara 17 maut manakala 32 lagi cedera dalam serangan roket di sebuah pasar di Kostiantynivka, Donetsk.

Ia dilancarkan beberapa jam selepas ketibaan Setiausaha Amerika Syarikat, Antony Blinken di bandar Kyiv bagi lawatan rasminya.

FOTO: Reuters

Serangan mengakibatkan keadaan bertukar huru-hara dengan orang ramai lari menyelamatkan diri.

Bedilan turut mengakibatkan bangunan dan kenderaan di sekitar lokasi terbabit musnah.

FOTO: Reuters

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Presiden Volodymyr Zelenskiy dalam pada itu mengutuk Rusia kerana didakwa sengaja melancarkan serangan ke atas sebuah dearah yang aman.

FOTO: Reuters

Amerika Syarikat pada masa sama mengumumkan pakej bantuan bernilai AS$175 juta termasuk aset tentera kepada Ukraine. – REUTERS

Loading...
Terkini