RIYADH: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) pada Isnin menghantar pesawat bantuan kedua ke Lubnan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa pesawat terbabit membawa bekalan penting seperti makanan, bantuan perubatan dan barangan perlindungan bagi membantu rakyat Lubnan yang terjejas akibat krisis yang sedang melanda.
Inisiatif kemanusiaan ini adalah selaras dengan perintah Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota serta Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Bantuan daripada Kerajaan Arab Saudi kepada Lubnan bertujuan untuk meringankan penderitaan rakyat yang terkesan akibat situasi semasa dan mencerminkan komitmen Kerajaan mendukung prinsip-prinsip kemanusiaan.
— BERNAMA-SPA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.