comscore
Tumpuan :
Dunia

Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia

FOTO: Reuters

ALGIERS: Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat tarawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Imam Walid Mehsas mengimamkan solat tarawih di Bordj Bou Arreridj, Algeria.

Dalam rakaman, kelihatan Imam Walid tenang meneruskan bacaan doa meskipun kucing berkenaan memanjat dan cuba duduk di bahunya.

Video viral di seluruh dunia itu menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata memuji Imam Walid Mehsas yang tetap menyantuni kucing itu walaupun sedang mengimamkan solat tarawih.

Beberapa pengguna sosial media menulis kucing itu dilihat seolah berterima kasih kepada imam kerana mengalunkan bacaan ayat al-Quran yang indah.

Menurut salah seorang netizen, kejadian seolah-olah kucing itu ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana membaca al-Quran dengan suara yang menyenangkan telinganya, semoga tuhan memberkati.

Loading...
Terkini