SYRIA: Kumpulan Pejuang Syria mengeluarkan kenyataan umum serta mesej kepada ahli kumpulan itu.
Kesemua pihak digesa bersatu padu dan bekerjasama bagi membawa imej yang baik bagi revolusi negara itu.
Antara lain termasuk larangan melepaskan tembakan senjata api ke udara dalam apa jua keadaan bagi mengelak sebarang situasi panik kepada orang ramai selain mengelak apa-apa situasi yang boleh membahayakan nyawa orang awam.
Juga dilarang merosakkan harta benda awam dan menjadi tanggungjawab untuk semua pihak melindungi serta memelihara harta benda.
Menceroboh ke atas tanah persendirian juga adalah dilarang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.