comscore
Tumpuan :
Dunia

Kumpulan pelajar serbu penempatan Rohingya

FOTO: Reuters

BANDA ACEH: Sekumpulan besar pelajar Indonesia menyerbu pusat penempatan diduduki ratusan pelarian Rohingya dari Myanmar di Banda Aceh.

Tindakan kumpulan berkenaan bagi menuntut pelarian Rohingya di bandar itu dihantar pulang ke negara asal.

Ia susulan peningkatan ketegangan antara masyarakat setempat dengan kumpulan pelarian itu yang memasuki indonesia dengan jumlah yang ramai.

Bagaimanapun, jurucakap polis di Banda Aceh tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

Rakaman reuters menunjukkan kumpulan pelajar berlari ke bawah bangunan yang menempatkan kumpulan pelarian itu, sehingga menyebabkan mereka ketakutan.

Pelarian Rohingya kemudiannya dibawa keluar oleh pihak berkuasa ke tempat perlindungan alternatif ketika ketegangan terus memuncak.

Kebelakangan ini, kedatangan kumpulan minoriti terbabit ditolak di Indonesia apabila penduduk tempatan kecewa dengan peningkatan ketibaan jumlah bot haram.

Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo menyalahkan lonjakan ketibaan baru-baru ini atas pemerdagangan manusia dan berjanji untuk bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk menawarkan tempat tinggal sementara.

Ketibaan pelarian Rohingya meningkat antara November dan April, dengan kumpulan pelarian ini menaiki bot ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia serta Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Loading...
Terkini