comscore
Tumpuan :
Dunia

Kylian Mbappe enggan bergambar dengan minuman alkohol di Piala Dunia 

SUMBER FOTO: FIFA

QATAR: Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe enggan bergambar dengan minuman alkohol Budweiser sewaktu sesi sidang media di Piala Dunia Qatar 2022.

Sehubungan itu, FIFA bertindak mendenda Federasi Bolasepak Perancis selepas Mbappe tidak melaksanakan tugas berkenaan.

Bintang Perancis itu dilaporkan tidak mahu dikaitkan dengan Budweiser, salah satu penaja FIFA di Piala Dunia Qatar.

Mbappe juga dikatakan dengan sengaja ‘menyembunyikan’ jenama itu sewaktu sesi fotografi ‘Man of the Match’.

Dalam kenyataannya kepada media, Mbappe memberitahu dia cuma mahu fokus kepada permainan selain bakal membayar sendiri denda itu berikutan tindakan terbabit adalah keputusan peribadi.

Bintang bolasepak itu juga dalam pada itu dilaporkan sedang mendahului untuk anugerah Kasut Emas Piala Dunia FIFA 2022, dengan prestasinya yang kini telah merakam lima gol selain dua bantuan dalam kesemua empat perlawanan.

Loading...
Terkini