comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Lagi insiden kejam tembakan tentera Israel ke atas penduduk terdesak dapatkan bantuan

GAZA: Lagi insiden kejam tembakan tentera rejim Israel ke atas penduduk Palestin yang terdesak mendapatkan sumber makanan dari trak bantuan di Gaza City.

Media Al Jazeera berjaya merakam detik cemas kali ini selepas insiden pertama yang meragut 115 nyawa dan mencederakan lebih 760 individu lima hari lalu.

TANGKAP LAYAR VISUAL AL JAZEERA

Dalam pada itu, bedilan roket tentera rejim di Rafah pula menyaksikan sekurang-kurangnya 17 terbunuh kebanyakannnya wanita dan kanak-kanak.

Manakala lapan lagi terkorban dalam serangan ke atas Kem Pelarian Jabalia dengan ramai lagi penduduk dipercayai masih terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Di Tebing Barat pula, dua penduduk Palestin cedera ditembak tentera rejim dalam ketegangan di barat Jenin.

Enam lagi individu ditahan dalam serbuan di barat laut Ramallah dan kesemua mereka juga adalah bekas tahanan rejim Israel

Tiga lagi individu ditahan di bandar Tulkarem dan seorang lagi ditahan di Kem Pelarian Qalandiya di selatan Ramallah.

Hampir 31,000 penduduk Palestin maut dalam peperangan yang tercetus sejak 7 Oktober lalu. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini