comscore
Tumpuan :
Dunia

Lapan maut, 60 cedera dalam letupan di kilang kimia di barat India

 

Foto: Reuters

NEW DELHI: Lapan orang terbunuh manakala 60 cedera dalam satu letupan di sebuah kilang kimia di barat India pada Khamis.

Letupan itu berlaku di sebuah dandang di kilang Amudan Chemical Company, yang terletak di kawasan Maharashtra Industrial Development Corporation (MIDC) di pinggir bandar Dombivli, Thane, kira-kira 35km dari Mumbai.

Media tempatan melaporkan bahawa bumbung kilang berdekatan telah tercabut akibat impak letupan tersebut.

“Enam lelaki dan dua wanita terbunuh dalam kejadian itu tetapi mayat mereka hangus sehingga sukar dikenali,” kata ketua unit pengurusan bencana Perbandaran Thane, Yasin Tadvi.

Media tempatan memetik menteri industri negeri, Uday Samant, melaporkan bahawa mereka yang terbunuh bekerja di kilang-kilang berdekatan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini