comscore
Tumpuan :
Dunia

Lapan roket dibedil dari Lubnan ke Israel

FOTO: Reuters

LUBNAN: Ketegangan di Asia Barat turut menyaksikan lapan roket dibedil dari Lubnan ke arah Israel awal pagi tadi.

Laporan media Al Jazeera mendedahkan, roket dilancarkan dari arah selatan Banan menuju bandar Ma’alot-Tarshiha.

Beberapa roket gagal dipintas sistem pertahanan Iron Dome dan jatuh di kawasan terbuka.

Namun tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian dicatatkan.

Dalam pada itu, selatan Lubnan pula menyaksikan beberapa daerah termasuk Naqoura, Zibqin, Yarin dan Marwahin dibedil roket dari Israel.

Konflik antara Pejuang Hezbollah dan tentera Israel kini dalam fasa terburuk sejak ketegangan di Gaza bermula dua bulan lalu. – AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini