comscore
Tumpuan :
Dunia

Lapangan Terbang Brussels batal penerbangan akibat mogok

Foto: Reuters

MOSCOW: Lapangan Terbang Brussels membatalkan semua penerbangan berlepas pada Selasa akibat mogok oleh pekerja syarikat keselamatan swasta yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, kata perkhidmatan media lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

“Bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan, syarikat penerbangan setelah berbincang dengan Lapangan Terbang Brussels, memutuskan untuk tidak mengendalikan sebarang penerbangan penumpang berlepas pada 1 Okt.

Syarikat penerbangan akan menghubungi penumpang yang terjejas. Kami meminta penumpang agar tidak pergi ke lapangan terbang pada 1 Okt,” menurut kenyataan itu.

Kebanyakan penerbangan ketibaan masih akan beroperasi, tetapi lapangan terbang menasihatkan penumpang untuk menyemak status penerbangan mereka terus dengan syarikat penerbangan.

Pada Selasa, demonstrasi oleh pekerja syarikat keselamatan serta pekerja sektor restoran, pelancongan dan pembersihan dari beberapa negara EU, akan diadakan di European Quarter, Brussels, menuntut syarat pekerjaan yang lebih baik.– BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini