comscore
Tumpuan :
Dunia

Latihan ketenteraan ‘terbesar’ Korea Selatan-Amerika Syarikat pada Jun

FOTO: Reuters

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengadakan latihan ketenteraan ‘terbesar’ pada Jun sempena ulang tahun ke-70 perikatan mereka, lapor media Korea Selatan pada Rabu.

Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap melaporkan, latihan itu akan mempamer keupayaan ketenteraan dan perpaduan kedua-dua negara di ketika usaha sama mengukuhkan pertahanan untuk mencegah aktiviti peluru berpandu Korea Utara di rantau itu.

Pihak sekutu akan menggerakkan peralatan ketenteraan berteknologi tinggi termasuk aset tanpa pemandu pada latihan ketenteraan yang dijadual diadakan pada Jun, menurut kementerian itu.

 

Seoul juga merancang untuk mengadakan sambutan Hari Angkatan Tentera pada September dengan penyertaan Tentera Amerika Syarikat di Korea bagi menzahirkan keupayaan pencegahan dan tindak balas “luar biasa” pakatan itu terhadap ancaman Pyongyang.

Di samping itu, pada Oktober, kedua-dua pihak berhasrat mengadakan Mesyuarat Perundingan Keselamatan, menyaksikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah pertemuan pertama dengan Komando Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengesahkan sokongan mereka terhadap keselamatan di Semenanjung Korea.

Loading...
Terkini