comscore
Tumpuan :
Dunia

Lawrence Wong angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-4 Singapura 

FOTO: Lawrence Wong/ Facebook

SINGAPURA: Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura malam tadi.

Wong, 51, menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang memegang tampuk pemerintahan negara selama hampir 20 tahun.

Upacara itu disiarkan di televisyen dan penstriman di platform media sosial, dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan, “Majulah Singapura” diikuti dengan ucapan Presiden, Tharman Shanmugaratnam.

Seterusnya, Wong mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas yang disaksikan Presiden dan Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon.

Ahli Parlimen GRC Marsiling-Yew yang mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan kemudian menandatangani akuan sumpahnya.

Presiden kemudian menyampaikan suratcara pelantikan kepada Wong.

Seterusnya, Timbalan Perdana Menteri, Gan Kim Yong (juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan) dan Heng Swee Keat, diikuti Menteri Kanan  Lee Hsien Loong dan Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras untuk Keselamatan Negara, mengangkat sumpah.

Kemudian 14 menteri,  sembilan Menteri Negara Kanan dan lima Menteri Negara mengangkat sumpah. Seorang lagi Menteri Negara, Murali Pillai akan dilantik dan mengangkat sumpah pada 1 Julai.

Semua menteri mengangkat sumpah kesetiaan dan ikrar pelaksanaan tugas serta  menerima suratcara pelantikan mereka daripada Presiden.

Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, 13 Mei selepas Lee memaklumkan kepada Presiden hasratnya untuk meletakkan jawatan pada 15 Mei bersama kerajaannya pada hari sama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini