HONDURAS: Dua pesawat tentera Amerika Syarikat mendarat di San Pedro Sula, utara Honduras semalam, membawa lebih daripada 100 migran Honduras yang dihantar pulang, kata pegawai tempatan.
Menteri Luar Honduras, Eduardo Enrique Reina, yang mengetuai delegasi rasmi yang menerima ketibaan itu mengesahkan bahawa pesawat tentera pertama tiba dengan 78 migran, manakala pesawat kedua mengangkut 48 individu.
Reina menyatakan bahawa dua penerbangan awam lain juga akan tiba pada hari yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan migran Honduras yang dihantar pulang oleh Amerika Syarikat kepada 352 orang.
Pegawai tersebut berkata mereka yang dihantar menggunakan pesawat tentera adalah orang yang ditangkap di Texas dan titik sempadan lain, mengikut langkah baru Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.