comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 1,000 penduduk haram Yahudi ceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Lebih 1,000 penduduk haram Yahudi menceroboh ke kawasan Masjid Al-Aqsa dalam perarakan tahunan sempena memperingati bermulanya penjajahan rejim Zionis ke atas Baitulmaqdis.

Perarakan kali juga dikatakan lebih ganas berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan kira-kira 3,000 polis rejim diarah berkawal di sepanjang lokasi.

Sudah lazim dengan tindakan biadap, ada penduduk haram Yahudi yang bertindak menyerang warga Palestin sebaik memasuki kawasan Baitulmaqdis Timur.

Malah beberapa wartawan turut jadi sasaran diserang di sebuah lokasi lain.

Penduduk haram Yahudi turut melaungkan slogan kematian ke atas bangsa Arab dan mengugut untuk membakar penempatan penduduk Palestin. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini