comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 100,000 ekor ayam disembelih, bendung wabak selesema burung

FOTO: REUTERS

TOKYO: Kira-kira 110,000 ekor ayam di wilayah Tottori Jepun akan disembelih bagi membendung wabak selesema burung, lapor Sputnik memetik laporan penyiar Jepun NHK pada Khamis.

Langkah itu diambil selepas 40 ekor ayam ditemui mati di sebuah ladang tempatan di bandar Tottori pada Rabu, menurut laporan itu.

Analisis genetik mengesahkan kehadiran strain patogenik selesema burung pada bangkai berkenaan.

Pengedaran ayam dan telur dalam radius tiga kilometer dari lokasi jangkitan turut dihentikan.

Selain itu, eksport ayam dan telur di luar 10 kilometer juga dilarang, lapor media itu.

Jepun merekodkan kes selesema burung di wilayah Okayama, Kagawa, Miyagi, dan Aomori, serta di pulau Hokkaido pada musim luruh.

Secara keseluruhan, kira-kira 2.9 juta ekor ayam telah dihapuskan di negara ini sejak wabak itu dikesan pada 28 Oktober lalu.

Dalam tempoh musim luruh 2020 hingga musim bunga 2021, Jepun berdepan wabak selesema burung terbesar dalam sejarah negara.

Virus itu menjejaskan lebih satu pertiga wilayahnya, dan kira-kira 10 juta ayam telah disembelih di lebih 50 ladang.

Loading...
Terkini