comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 100,000 Sertai Tunjuk Perasaan Desak Kenaikan Kadar Gaji Minimum

FOTO: AFP

PARIS: Lebih 100,000 pekerja berarak di beberapa bandar di Perancis bagi mendesak kenaikan kadar gaji minimum susulan lonjakan inflasi di negara itu.

Tunjuk perasaan mengakibatkan masalah trafik, malah turut diburukan lagi dengan protes pekerja stesen minyak yang menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan bekalan.

Antara bandar terjejas termasuk Strasbourg, Montpellier dan Paris yang menyaksikan kira-kira puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di jalan raya.

Berlaku insiden pergelutan yang menyaksikan penunjuk perasaan, anggota keselamatan dan juga wartawan cedera.

Lapor media antarabangsa, tunjuk perasaan anjuran kesatuan sekerja itu juga disertai ahli kumpulan gerakan anti-kapitalis di Paris.

Kumpulan terbabit dituduh merosakan bangunan termasuk memecahkan tingkap sebuah bank dan pusat jualan kereta.

Pihak berkuasa dalam kenyataannya mengesahkan penahanan sekurang-kurangnya 11 individu setakat ini.

Loading...
Terkini