comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 11,000 terjejas akibat gempa bumi di Afghanistan

Foto: Reuters

GENEVA: Lebih 11,000 orang terjejas akibat beberapa siri gempa bumi melanda wilayah Herat, Afghanistan pagi Sabtu, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Sekurang-kurangnya 11 kampung di Afghanistan telah musnah dalam kejadian gempa bumi itu, menurut kumpulan bantuan PBB pada petang Ahad, lapor Agensi Berita In Jerman(dpa).

Pihak berkuasa Afghanistan mengeluarkan anggaran angka kematian lebih daripada 2,500, menurut media Afghanistan.

“Jumlah mangsa dan isi rumah terjejas dijangka meningkat apabila penilaian di kawasan terpencil selesai,” menurut OCHA.

PBB menyalurkan AS$5 juta dolar sebagai bantuan kecemasan pada hari Ahad.

Lebih 550 orang cedera, termasuk hampir 230 anak-kanak sedang dirawat di Hospital Wilayah Herat sahaja, menurut OCHA.

Bekalan bantuan awal telah diedarkan, termasuk barangan kebersihan, makanan dan air minuman.

Wilayah itu telah digegarkan oleh beberapa siri gempa bumi kuat pada pagi Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).  -BERNAMA-dpa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini