comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 150 maut, insiden rempuhan Halloween di Seoul

Petugas kecemasan membawa mayat mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan. – FOTO: REUTERS

SEOUL, Korea: Sekurang-kurangnya lebih 150 orang maut dalam insiden rempuhan ketika orang ramai meraikan Halloween di sebuah kawasan hiburan di Seoul, pada Sabtu malam.

Dalam kejadian itu iuga, lebih 65 orang lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di daerah Itaewon di ibu kota Korea Selatan itu, menurut pihak berkuasa Balai Bomba Yongsan.

Kebanyakan yang cedera dilaporkan dalam keadaan serius dan diberi rawatan kecemasan.

Ini adalah acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik sekatan COVID-19 dan penjarakan sosial.

Pasukan bomba dan penyelamat Korea dikejarkan ke lokasi kejadian tragedi. – FOTO: REUTERS

“Ramai yang terjatuh ketika insiden festival Halloween itu, dan terdapat ramai mangsa yang cedera,” kata Ketua Balai Bomba Yongsan, Choi Sung-beom.

Kebanyakan mangsa merupakan wanita berusia 20-an.

Menurut saksi, situasi huru-hara terjadi sebelum rempuhan berlaku, dan polis dilihat sukar mengawal keadaan.

Video dan foto kejadian tular di media sosial yang menunjukkan ratusan orang bersesak di sebuah lorong yang sempit dan curam, serta tidak dapat bergerak ketika anggota kecemasan dan polis cuba menarik mereka keluar untuk diselamatkan.

Loading...
Terkini