MUSCAT: 20 terbunuh akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu di Oman
Usaha mencari seorang kanak-kanak perempuan warga asing yang dilaporkan hilang di Wilayat of Saham sedang giat dijalankan pasukan penyelamat
Kebanyakan wilayah di Oman dilanda angin kencang beserta hujan lebat dengan rekod tertinggi hampir 200 milimeter dicatatkan di Buraimi
Lapor media Times of Oman, kenderaan penduduk dihanyutkan arus deras dan puluhan penduduk juga terperangkap di kediaman masing-masing
Pasukan polis menjalankan pelbagai operasi termasuk memindahkan pesakit dan penduduk yang terkandas
Setakat ini kira-kira 1,400 penduduk sedang berlindung di 18 pusat pemindahan sementara di Sultanate
Jabatan Kaji Cuaca turut meramalkan lebih banyak taburan hujan hari ini. – TIMES OF OMAN
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.