comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 400 maut akibat Taufan Mocha di Myanmar

Tangkap Layar : Aung Kyaw Moe / Twitter

MYANMAR:  Lebih 400 kematian dicatatkan di Sittwee, Myanmar susulan Taufan Mocha yang melanda negara itu.

Angka itu didedahkan aktivis yang juga penasihat kepada kerajaan perpaduan di bawah Kementerian Hak Asasi Manusia Myanmar, Aung Kyaw Moe

Beliau yang dipetik media Al Jazeera mendedahkan, jumlah itu mungkin lebih tinggi di negeri Rakhine

Mocha disifatkan sebagai salah satu taufan paling kuat pernah melanda rantau itu.

Angin kencang sehingga 250 kilometer sejam membawa kemusnahan besar pada petang Ahad lalu

Media lain dalam pada itu melaporkan, lebih 860 rumah dan 14 hospital atau klinik mengalami kerosakan di seluruh negara

Hujan lebat turut mengakibatkan banjir di kawasan tanah rendah.

Juga terdapat laporan kehilangan penduduk.   – AL JAZEERA / LIVEMINT

Loading...
Terkini