comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 50 terbunuh dalam serangan rejim Zionis

Foto: Reuters

GAZA: Lebih 50 terbunuh dalam serangan tentera rejim Zionis di Gaza.

Serangan terbaharu di Khan Younis mengakibatkan 18 orang terbunuh.

Serangan udara dan artileri menghujani kawasan timur Deir el-Balah dan Kem Pelarian Nuseirat.

Akibatnya 35 dilaporkan terbunuh dengan lebih 60 lagi parah dan dikejarkan ke hospital Al-Aqsa.

Foto: Reuters

Rafah turut menyaksikan dua serangan dilancarkan tentera rejim sekitar tengah malam.

Serangan di daerah Shaboura di bahagaian tengah Rafah mengakibatkan kemusnahan kediaman penduduk dan kanak-kanak terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Juga terdapat kematian dilaporkan dalam satu lagi serangan tentera rejim di tenggara Rafah.

Terdapat laporan ketegangan yang tercetus di Tebing Barat di antara penduduk Palestin dengan tentera rejim yang mengakibatkn sejumlah penduduk cedera. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini