Tumpuan :
Dunia

Lebih 500 rumah musnah dalam kebakaran di Jakarta

FOTO: Polis Metro Jakarta Pusat

JAKARTA: Kebakaran yang berlaku di Jalan Kemayoran Gempol, Jakarta Pusat, telah memusnahkan lebih daripada 500 rumah.

“Ada 11 RT yang terjejas akibat kebakaran ini,” kata Ketua Pusat Data dan Informasi (Kapusdatin) Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) DKI Jakarta, Mohamad Yohan, di Jakarta, pada hari Selasa.

Yohan menjelaskan bahawa anggota bomba bersama petugas lain masih berusaha memadamkan kebakaran.

Menurut Yohan, terdapat 500 unit rumah yang terbakar dalam kejadian tersebut dan data itu masih bersifat sementara kerana proses menangani situasi masih berlangsung.

“Data sementara menunjukkan terdapat 543 bangunan yang terjejas akibat kebakaran,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Jakarta Pusat, Asril Rizal, menyatakan bahawa sehingga pukul 06.00 WIB, petugas masih berusaha untuk menangani kebakaran rumah yang berlaku di Kemayoran Gempol, Jakarta Pusat.

Menurutnya lagi, kebakaran bermula sekitar jam 01.15 WIB di kawasan pemukiman padat penduduk.

Operasi pemadaman disertai 170 anggota bomba dengan 34 jentera pemadam api. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.29 WIB – ANTARANEWS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini