Tumpuan :
Dunia

Lebih banyak tarif akan dikenakan seawal 1 Februari – Trump

AMERIKA SYARIKAT: Presiden Donald Trump pada hari Selasa memberi amaran bahawa lebih banyak tarif mungkin akan dikenakan seawal minggu depan, dengan China menjadi sasaran terbaharu.

Trump mengancam untuk mengenakan cukai import yang lebih tinggi ke atas barang-barang dari rakan dagang kedua terbesar Amerika Syarikat itu.

Dalam sidang media di Pejabat Oval yang mengulangi kenyataan serupa pada hari Isnin, Trump berkata beliau sedang mempertimbang tarif 10% secara menyeluruh ke atas semua barangan dari China seawal 1 Februari.

Isnin lalu, Trump mengancam akan mengenakan tarif 25% ke atas Mexico dan Kanada, tetapi tidak menyentuh China secara langsung

Tidak jelas apa yang mendorong perubahan mendadak dalam dasar tarif Trump, walaupun semasa kempen, beliau pernah berjanji mengenakan tarif sehingga 60% ke atas semua barangan dari China.

Tambah beliau, terlalu banyak fentanyl memasuki Amerika Syarikat dari China melalui Mexico dan Kanada dan ancaman tarif mungkin memaksa China bertindak tegas terhadap dadah tersebut. – CNN

Loading...
Terkini