comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih separuh penumpang pesawat ambil upah seludup barang

NEW DELHI: Seramai 113 daripada 186 penumpang dalam penerbangan yang tiba dari Muscat, Oman ditahan pihak kastam, di lapangan terbang di Chennai, selepas mereka didapati menyeludup barangan bernilai kira-kira RM7.9 juta.

Gulf News melaporkan, mereka sebahagian daripada rangkaian penyeludupan yang memperdagangkan emas dan peranti elektronik bernilai tinggi yang diberi komisen, hadiah coklat.

Penumpang terbabit diminta sindiket untuk menyeludup barangan berkenaan dengan menjanjikan mereka komisen, hadiah coklat dan minyak wangi.

Kesemua 186 penumpang pesawat disoal siasat selama berjam-jam oleh pegawai kastam susulan maklumat adanya lebih 100 penumpang menyeludup sejumlah besar emas, telefon bimbit, komputer riba, dan safron dalam penerbangan.

Selepas soal siasat, 73 penumpang dibebaskan.

Polis kemudiannya memeriksa 113 penumpang lain dan mendapati mereka menyorokkan ketulan emas dan gelang emas di dalam seluar dalam mereka.

Manakala pemeriksaan bagasi dan beg menemui banyak ruang rahsia digunakan untuk menyembunyikan 13 kilogram emas, 120 iPhone, 84 telefon Android, rokok dan komputer riba.

Seorang daripada tertuduh memberitahu dia menerima telefon yang diserahkan kepadanya oleh penumpang lain dalam penerbangan itu dan dijanjikan komisen, coklat, dan barang-barang lain sebaik telefon itu dipulangkan di lapangan terbang di Chennai.

Kesemua 113 penumpang yang ditahan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin. – AGENSI

Loading...
Terkini