SYDNEY: Seorang lelaki berusia 20 tahun, yang didakwa kerana sengaja melanggar beberapa ekor kanggaru serta mencacatkan badan seekor daripadanya, akan hadir di mahkamah Sydney pada Rabu, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Lelaki yang berasal dari Northern Beaches di Sydney didakwa pada Oktober atas tuduhan termasuk kezaliman dan kecederaan serius terhadap haiwan, kata pihak polis New South Wales (NSW) pada Rabu.
Lelaki itu dikenal pasti selepas pihak polis menjumpai rakaman CCTV yang menunjukkan sebuah kenderaan secara sengaja melanggar kanggaru berhampiran Lithgow, di barat laut Sydney.
Polis NSW berkata pihaknya akan menunjukkan bukti bahawa lelaki itu dengan sengaja melanggar beberapa ekor kanggaru dewasa termasuk anaknya sebelum mencacatkan badan seekor daripada haiwan itu.
— BERNAMA-dpa
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.